Friday, December 17, 2010

Setelah sekian lama....

Alhamdulillah.. agak lama la jugak x update blog ni. Sunyi je x pengunjung.. huhu... tapi xpela, bagi sesape yg pernah jenguk2 blog ni, samada sengaja ataupun x, diucapkan terima kasih.. Maklumlah, masih 'fresh' lagi dalam blogging ni. So, pada para blogger yg da banyak experience dalam upgrade mengupgrade blog ni sila2 la bagi komen n pandangan sket pada beginner macam saya ni.. hehe.. humble la plak.. bak kata pepatah, sharing is caring ye tak?

Ok, untuk post kali ni just nak share je jenis pelaburan emas yang ada kat Malaysia ni. So, pada sesape yang masih belum mula invest saya sarankan invest terus dalam emas kerana ia kalis inflasi dan semestinya memberi keuntungan yang lumayan pada si pemilik dalam jangka masa sederhana atau panjang. Tak rugi beli emas ni. Saya sendiri da makin syok melabur emas ni lebih-lebih lagi tengok koleksi makin lama makin bertambah. Jadi, nilainya pun semakin bertambah dari tahun ke tahun. So, belum cuba belum tahu. Nak lagi senang kalau ikut ayat remaja sket, x kenal maka x cinta.. hehe.. Seribu alasan xkan memberi hasil yang berkesan..

1. Panduan pertama: Emas fizikal atau bukan fizikal?

Jawapan: Kalau anda suka emas fizikal dan tak ada masalah untuk menyimpan, maka pelaburan terbaik untuk anda ialah:
1. Syiling emas
2. gold bar.
Jika susah nak simpan, maka saya cadangkan anda buka akaun simpanan gold saving Public Bank atau Maybank.
Pilihan pertama – Syiling Kijang Emas (1 Oz)
Sebab: Modal yang tidak tinggi, kualiti emas 999.9, mudah dibeli dan dijual balik.

Syiling Kijang Emas
.
Pilihan kedua – Syiling emas UOB bank (1 Oz) .
Anda boleh membeli mana-mana syiling-syiling emas ini samada:

- Canadian gold Maple Leave
- Australian Nugget
- Singapore gold coin


Syiling-syiling emas yang dijual UOB Bank
Pilihan ketiga:
a) Syiling Emas/gold Bar Public Gold
b) gold bar (PAMP Suisse atau Poh Kong Bunga Raya)
Sebab: Kualiti emas 999.9 (24K)
Bagi gold bar PAMP pula, ia jenama yang terkenal di seluruh dunia.
Mudah diperolehi di kedai emas.


Syiling emas Public Gold 50 gram (24K)
.
.

Gold bar Public Gold 20 gram dan 50 gram (24K)

.
Ini gambar PAMP Suisse gold bar:
.
.

gambar gold bar Poh Kong Bunga Raya
. 
Pilihan keempat- Dinar Emas Kelantan (1 Dinar)
Sebab: Kos yang murah, kualiti emas 22K. Mudah dibeli dan dijual.
.
Gambar Dinar Emas Kelantan
.


p/s: Kalau anda minat emas fizikal tapi modal anda kecil,
saya cadangkan anda beli Dinar Emas Public Gold/Kelantan sebagai pilihan pertama. .
.

2. Anda tak minat emas fizikal atau risau nak simpan emas.

Jawapan: Kalau anda tak minat emas fizikal atau risau emas hilang, saya nasihatkan anda membuka akaun simpanan emas.
Terdapat 2 jenis akaun simpanan emas yang terdapat di malaysia iaitu:
1. Public Bank Gold Investment Account
2. Maybank Gold Saving Passbook Account
Pilihan pertama – Public Bank gold saving passbook.
Kebaikan: Harga Harga jual beli yang rendah (beza RM3.00)

Pilihan kedua – Maybank Gold saving passbook
p/s: Harga jual beli Maybank adalah lebih tinggi berbanding Public Bank.


So, kat atas tu da terangkan la sket jenis pelaburan yang korang bley try untuk simpanan masa depan korang mahupun as one of your investment portfolio. Info2 kat atas tu pun saya ambil dari blog jutawan emas, dan saya juga da sediakan link untuk korang semua boleh view kalau nak tau lagi lanjut.

Emm... camana? berminat nak melabur emas x? Untuk makluman, sesape yang berminat nak dapatkan emas bar Public Gold ataupun dinar emas Public Gold, boleh call/sms saya 0177079403. Nak tau apa2 pasal emas pun boleh tanya saya, insyaAllah saya akan tolong selesaikan kalau saya tahu.

http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/bagaimana-saya-nak-mulakan-pelaburan-emas/

1 comments:

dia said...

wah..bagus la blog ni..informative...heheh

Post a Comment