Saturday, December 18, 2010

0 down payment nak beli rumah

Salam pembaca blog semua.. sebelum ni asyik cerita pasal emas je, okla kita tuka mood sket. Saya ada terbaca 1 artikel di keratan berita harian online tadi yang bagi saya agak menarik gak. Mulai 1 Januari, kerajaan akan berikan rumah 'free' pada golongan muda especially yang nk sgt beli rumah dan berpendapatan kurang RM3000. Kalau difikir-fikirkan, memang bagus niat murni kerajaan ni. Yela, graduan yang baru bekerja 3 bulan pun da bley beli rumah tanpa nak pening kepala pikir kena cari duit bayar 'down payment'. Tapi kena ingat, kalau da 0 down payment, it means we have to pay more every month for the instalment. Betul x pandangan saya ni? kalau salah betulkan ye.

11,000 unit kediaman ditawarkan bermula Januari di seluruh negara

KUALA LUMPUR: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menawarkan 11,000 unit rumah berharga antara RM35,000 hingga RM220,000 di seluruh negara kepada pembeli, tanpa mengenakan bayaran wang pendahuluan mulai 1 Januari ini.

Pengerusinya, Datuk Idris Haron, berkata SPNB dengan kerjasama Cagamas Berhad (Cagamas) menawarkan jaminan beli rumah tanpa wang deposit itu hanya kepada pembeli rumah pertama yang berpendapatan RM3,000 sebulan membabitkan pembelian rumah yang dimajukan SPNB.

Katanya, tindakan itu juga untuk menyahut usaha kerajaan dalam memastikan golongan yang ingin membeli rumah tidak perlu menyediakan wang pendahuluan yang selama ini menjadi antara halangan untuk mereka memiliki kediaman sendiri.

“Sebagai pemaju, SPNB akan memberikan jaminan ini kerana melihat kebanyakan pembeli tidak mampu menyediakan wang pendahuluan.

“Kita mempunyai lebih 11,000 unit rumah berharga antara RM35,000 hingga RM220,000 di seluruh negara yang belum dijual. Jadi ini peluang golongan muda memiliki rumah tanpa perlu sediakan pendahuluan 10 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Program Kesedaran Amalan HIFI (Helpful, Informative, Friendly, Immediate) untuk warga SPNB, di sini semalam.

Hadir sama, Pengarah Urusan SPNB, Prof Dr Kamarul Rashdan Salleh.
Pada sidang media sama, Idris turut mengumumkan empat projek baru membabitkan pembinaan 1,200 unit rumah di Selangor, Johor, Kedah dan Sabah mulai tahun depan.

Mengenai masalah 41 pemilik rumah Taman Anggerik Fasa 2, Senawang, Negeri Sembilan yang mendakwa projek berkenaan masih terbengkalai, beliau berkata, projek itu bukan dikendalikan SPNB seperti didakwa pembeli.

“Tahun ini, kita berjaya menjual 3,000 unit berjumlah RM400 juta dan tahun depan SPNB menyasarkan jualan sebanyak 6,300 rumah.

“SPNB yakin jualan tahun depan akan meningkat dengan kerjasama Cagamas. Kita juga menawarkan pakej jualan menarik, termasuk diskaun 10 hingga 30 peratus, bergantung kepada lokasi kawasan perumahan, termasuk khidmat guaman percuma,” kata Dr Kamarul.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (RMKe-10), kerajaan menyasarkan pembinaan 161,000 unit rumah mampu milik, iaitu 78,000 unit dibina kerajaan dan 83,000 unit oleh swasta.

Pembeli baru berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah, kerajaan memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku yang akan dilaksanakan Cagamas Berhad, syarikat perbadanan gadai janji dan pensekuritian terkemuka negara.

Ini akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000 dan membolehkan pembeli rumah mendapat pinjaman 100 peratus tanpa perlu mengeluarkan 10 peratus wang pendahuluan seperti amalan lazim.

Pembeli rumah pertama juga akan diberikan pengecualian duti setem 50 peratus ke atas surat cara pindah milik dan surat cara perjanjian pinjaman bagi rumah berharga tidak melebihi RM350,000.

So, apa pandangan korang? Rajin2 komen la sikit kat artikel ni. Bagi yang x tau langsung pasal ilmu kewangan dan hartanah ni mesti dorang support gila2 nya usaha kerajaan ni. But for me, its the only way that the government can make more people 'berhutang'.....

0 comments:

Post a Comment