Thursday, December 23, 2010

Tentukan portfolio pelaburan anda

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) — Para pemegang unit skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen lebih tinggi 7.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2010, iaitu lebih tinggi daripada 7.30 sen yang diisytiharkan pada tahun lepas.

Pemegang unit seramai 7.04 juta, yang kini memegang lebih 82.72 bilion unit ASB, akan turut menerima bonus 1.25 sen, yang sama dengan tahun lepas.
Ikut berita pengumuman kat atas, bertuahlah pada sesiapa yang banyak melabur kat dalam asb tahun ni. Yela, naik kepada 7.50 sen seunit. Kalau ada 100k (contoh) dalam asb, dapatla dividen dalam 7.5k. Boleh beli emas 50g sebijik. Hehe... kenaikan setiap tahun x yah cerita la, kalah asb... Tengok je sendiri graf kenaikan harga emas ni..
Kenaikan sebanyak 27% (harga daripada 21 Disember 2009 - 21 Disember 2010)
Tolak inflasi 4%... cukai 1.5%... zakat 2.5%... bersih 19%...

So, better pada teman2 seperjuanganku sekalian, simpanlah dalam bentuk emas. Pada yang ada niat nak buat loan untuk asb tu, fikir2kanla sebelum ambil keputusan. Lebih baik buat loan pastu beli emas banyak2 daripada masuk asb ni.. Macam saya sendiri, saya balancekan portfolio pelaburan saya, means asb buat, emas pun buat. Alhamdulillah, sekarang pun dah start nak serius gak dalam bidang hartanah. So, maksimumkan pelaburan anda dan jangan limitkan pada sesuatu perkara saja, kerana peluang yang lebih besar banyak menanti tanpa kita sedari.

X percaya buat loan beli emas lebih untung dari masuk asb? Boleh tengok link kat bawah ni...
http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/buat-loan-bank-untuk-beli-emas-untung-ke/

Saturday, December 18, 2010

0 down payment nak beli rumah

Salam pembaca blog semua.. sebelum ni asyik cerita pasal emas je, okla kita tuka mood sket. Saya ada terbaca 1 artikel di keratan berita harian online tadi yang bagi saya agak menarik gak. Mulai 1 Januari, kerajaan akan berikan rumah 'free' pada golongan muda especially yang nk sgt beli rumah dan berpendapatan kurang RM3000. Kalau difikir-fikirkan, memang bagus niat murni kerajaan ni. Yela, graduan yang baru bekerja 3 bulan pun da bley beli rumah tanpa nak pening kepala pikir kena cari duit bayar 'down payment'. Tapi kena ingat, kalau da 0 down payment, it means we have to pay more every month for the instalment. Betul x pandangan saya ni? kalau salah betulkan ye.

11,000 unit kediaman ditawarkan bermula Januari di seluruh negara

KUALA LUMPUR: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menawarkan 11,000 unit rumah berharga antara RM35,000 hingga RM220,000 di seluruh negara kepada pembeli, tanpa mengenakan bayaran wang pendahuluan mulai 1 Januari ini.

Pengerusinya, Datuk Idris Haron, berkata SPNB dengan kerjasama Cagamas Berhad (Cagamas) menawarkan jaminan beli rumah tanpa wang deposit itu hanya kepada pembeli rumah pertama yang berpendapatan RM3,000 sebulan membabitkan pembelian rumah yang dimajukan SPNB.
Katanya, tindakan itu juga untuk menyahut usaha kerajaan dalam memastikan golongan yang ingin membeli rumah tidak perlu menyediakan wang pendahuluan yang selama ini menjadi antara halangan untuk mereka memiliki kediaman sendiri.

“Sebagai pemaju, SPNB akan memberikan jaminan ini kerana melihat kebanyakan pembeli tidak mampu menyediakan wang pendahuluan.

“Kita mempunyai lebih 11,000 unit rumah berharga antara RM35,000 hingga RM220,000 di seluruh negara yang belum dijual. Jadi ini peluang golongan muda memiliki rumah tanpa perlu sediakan pendahuluan 10 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Program Kesedaran Amalan HIFI (Helpful, Informative, Friendly, Immediate) untuk warga SPNB, di sini semalam.

Hadir sama, Pengarah Urusan SPNB, Prof Dr Kamarul Rashdan Salleh.
Pada sidang media sama, Idris turut mengumumkan empat projek baru membabitkan pembinaan 1,200 unit rumah di Selangor, Johor, Kedah dan Sabah mulai tahun depan.

Mengenai masalah 41 pemilik rumah Taman Anggerik Fasa 2, Senawang, Negeri Sembilan yang mendakwa projek berkenaan masih terbengkalai, beliau berkata, projek itu bukan dikendalikan SPNB seperti didakwa pembeli.

“Tahun ini, kita berjaya menjual 3,000 unit berjumlah RM400 juta dan tahun depan SPNB menyasarkan jualan sebanyak 6,300 rumah.

“SPNB yakin jualan tahun depan akan meningkat dengan kerjasama Cagamas. Kita juga menawarkan pakej jualan menarik, termasuk diskaun 10 hingga 30 peratus, bergantung kepada lokasi kawasan perumahan, termasuk khidmat guaman percuma,” kata Dr Kamarul.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (RMKe-10), kerajaan menyasarkan pembinaan 161,000 unit rumah mampu milik, iaitu 78,000 unit dibina kerajaan dan 83,000 unit oleh swasta.

Pembeli baru berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah, kerajaan memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku yang akan dilaksanakan Cagamas Berhad, syarikat perbadanan gadai janji dan pensekuritian terkemuka negara.

Ini akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000 dan membolehkan pembeli rumah mendapat pinjaman 100 peratus tanpa perlu mengeluarkan 10 peratus wang pendahuluan seperti amalan lazim.

Pembeli rumah pertama juga akan diberikan pengecualian duti setem 50 peratus ke atas surat cara pindah milik dan surat cara perjanjian pinjaman bagi rumah berharga tidak melebihi RM350,000.

So, apa pandangan korang? Rajin2 komen la sikit kat artikel ni. Bagi yang x tau langsung pasal ilmu kewangan dan hartanah ni mesti dorang support gila2 nya usaha kerajaan ni. But for me, its the only way that the government can make more people 'berhutang'.....

Bekas pemimpin da lama simpan emas, kita bila?

Salam semua buat pembaca blog.. ari ni datang da mood nak post artikel banyak2 je kat blog. Hehe.. 1 malam 2 artikel skali post. Xpe, bukankah membaca itu tangga kejayaan? ayat budak sekolah ni..

Ok, artikel ni diambil dari keratan harian metro siang tadi..

KUALA LUMPUR: Perdagangan pada peringkat antarabangsa kini sepatutnya sudah beralih kepada penggunaan dinar emas berikutan nilai dolar AS yang semakin merosot.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucaptamanya berkata, nilai emas tidak mudah turun menyebabkan nilainya lebih sesuai digunakan pada peringkat antarabangsa berbanding dolar Amerika.

“Emas memiliki nilai pertukaran yang lebih baik berbanding nilai tukaran wang kertas.
Sebelum ini, AS$35 bersamaan satu aun emas. Hari ini, satu aun emas bersamaan AS$1,400. Ini bermakna dolar AS sudah merosot. Inilah masalah yang dihadapi oleh mata wang yang nilainya merosot dengan pantas dan banyak tapi emas tiada susut nilai sedemikian. Jadi, apabila anda membeli dan menjual menggunakan dinar emas, anda mendapat nilai sebenarnya,” katanya.

“Saya akan terus menyarankan penggunaan emas dalam perdagangan antarabangsa dan emas juga adalah mod simpanan terbaik,” katanya kepada selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kewangan dan Ekonomi Islam Langkawi Kedua (2LIFE) di Kuala Lumpur, kelmarin.


So, kalau bekas pemimpin kita da sarankan penggunaan dinar emas ni... kenapa kita perlu tunggu lagi? Ada duit je, boleh sambar emas terus. Kalau x tau nak beli camana, apa jenis emas yang terbaik, jangan segan2 tanya saya. InsyaAllah saya boleh tolong. Ilmu kalau x disebarkan pun x guna juga kan? Lagi cepat kita dapat sambar emas ni, lagi bagus. Fast action fast result


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Dinaremaslebihbaik/Article/index_html

Friday, December 17, 2010

Setelah sekian lama....

Alhamdulillah.. agak lama la jugak x update blog ni. Sunyi je x pengunjung.. huhu... tapi xpela, bagi sesape yg pernah jenguk2 blog ni, samada sengaja ataupun x, diucapkan terima kasih.. Maklumlah, masih 'fresh' lagi dalam blogging ni. So, pada para blogger yg da banyak experience dalam upgrade mengupgrade blog ni sila2 la bagi komen n pandangan sket pada beginner macam saya ni.. hehe.. humble la plak.. bak kata pepatah, sharing is caring ye tak?

Ok, untuk post kali ni just nak share je jenis pelaburan emas yang ada kat Malaysia ni. So, pada sesape yang masih belum mula invest saya sarankan invest terus dalam emas kerana ia kalis inflasi dan semestinya memberi keuntungan yang lumayan pada si pemilik dalam jangka masa sederhana atau panjang. Tak rugi beli emas ni. Saya sendiri da makin syok melabur emas ni lebih-lebih lagi tengok koleksi makin lama makin bertambah. Jadi, nilainya pun semakin bertambah dari tahun ke tahun. So, belum cuba belum tahu. Nak lagi senang kalau ikut ayat remaja sket, x kenal maka x cinta.. hehe.. Seribu alasan xkan memberi hasil yang berkesan..

1. Panduan pertama: Emas fizikal atau bukan fizikal?

Jawapan: Kalau anda suka emas fizikal dan tak ada masalah untuk menyimpan, maka pelaburan terbaik untuk anda ialah:
1. Syiling emas
2. gold bar.
Jika susah nak simpan, maka saya cadangkan anda buka akaun simpanan gold saving Public Bank atau Maybank.
Pilihan pertama – Syiling Kijang Emas (1 Oz)
Sebab: Modal yang tidak tinggi, kualiti emas 999.9, mudah dibeli dan dijual balik.

Syiling Kijang Emas
.
Pilihan kedua – Syiling emas UOB bank (1 Oz) .
Anda boleh membeli mana-mana syiling-syiling emas ini samada:

- Canadian gold Maple Leave
- Australian Nugget
- Singapore gold coin


Syiling-syiling emas yang dijual UOB Bank
Pilihan ketiga:
a) Syiling Emas/gold Bar Public Gold
b) gold bar (PAMP Suisse atau Poh Kong Bunga Raya)
Sebab: Kualiti emas 999.9 (24K)
Bagi gold bar PAMP pula, ia jenama yang terkenal di seluruh dunia.
Mudah diperolehi di kedai emas.


Syiling emas Public Gold 50 gram (24K)
.
.

Gold bar Public Gold 20 gram dan 50 gram (24K)

.
Ini gambar PAMP Suisse gold bar:
.
.

gambar gold bar Poh Kong Bunga Raya
. 
Pilihan keempat- Dinar Emas Kelantan (1 Dinar)
Sebab: Kos yang murah, kualiti emas 22K. Mudah dibeli dan dijual.
.
Gambar Dinar Emas Kelantan
.


p/s: Kalau anda minat emas fizikal tapi modal anda kecil,
saya cadangkan anda beli Dinar Emas Public Gold/Kelantan sebagai pilihan pertama. .
.

2. Anda tak minat emas fizikal atau risau nak simpan emas.

Jawapan: Kalau anda tak minat emas fizikal atau risau emas hilang, saya nasihatkan anda membuka akaun simpanan emas.
Terdapat 2 jenis akaun simpanan emas yang terdapat di malaysia iaitu:
1. Public Bank Gold Investment Account
2. Maybank Gold Saving Passbook Account
Pilihan pertama – Public Bank gold saving passbook.
Kebaikan: Harga Harga jual beli yang rendah (beza RM3.00)

Pilihan kedua – Maybank Gold saving passbook
p/s: Harga jual beli Maybank adalah lebih tinggi berbanding Public Bank.


So, kat atas tu da terangkan la sket jenis pelaburan yang korang bley try untuk simpanan masa depan korang mahupun as one of your investment portfolio. Info2 kat atas tu pun saya ambil dari blog jutawan emas, dan saya juga da sediakan link untuk korang semua boleh view kalau nak tau lagi lanjut.

Emm... camana? berminat nak melabur emas x? Untuk makluman, sesape yang berminat nak dapatkan emas bar Public Gold ataupun dinar emas Public Gold, boleh call/sms saya 0177079403. Nak tau apa2 pasal emas pun boleh tanya saya, insyaAllah saya akan tolong selesaikan kalau saya tahu.

http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/bagaimana-saya-nak-mulakan-pelaburan-emas/